PENGENALAN

 Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca ialah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pendidikan Malaysia yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1998, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.



FORMAT BUKU REKOD NILAM

Program NILAM yang ditambah baik telah dirintis di 104 buah sekolah di Selangor pada tahun 2016.  Hasil daripada rintis tersebut, satu format perekodan NILAM yang baharu telah disediakan.  Format Buku Rekod NILAM yang terkini dengan penambah baik kan oleh pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia ini akan mula digunakan mulai sesi persekolahan 2017 secara soft start dan akan digunakan sepenuhnya mulai tahun 2018.

OBJEKTIF NILAM YANG DITAMBAHBAIK

melestarikan budaya pembacaan berkualiti, membantu proses pencarian ilmu pengetahuan, membina kemahiran, penguasaan literasi maklumat dan digital sepanjang hayat.
•menyediakan murid Malaysia untuk menjawab soalan yang menguji pemikiran aras tinggi (KBAT) yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi, dan menilai melalui aktiviti pengayaan.
•menggalakkan pelibatan semua warga sekolah dalam pelaksanaan program dan aktiviti membaca merentasi kurikulum.
•menggalakkan pelibatan masyarakat/komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan.




















Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Selamat Datang Ke Blog

Video Pelancaran Nilam

Statistik

Post Terkini

Mutiara Kata

- Copyright © Transformasi Nilam Dalam Era Pendidikan Revolusi Industri 4.0 -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -